Siapa yang tidak kenal dengan
selebriti jelita tanah air, Neelofa yang dahulunya memulakan karier sebagai
model dan kemudian semakin dikenali ramai sebagai pelakon dan pengacara TV.
Setelah beberapa tahun berada dalam industri seni tempatan, beliau mengejutkan
media dengan penampilan berhijab dan kemudian tampil dengan koleksi hijab yang
diberi nama sebagai Naelofar Hijab.
Tidak dinafikan bahawa kemunculan
koleksi instant shawl Naelofar Hijab menjadi suatu fenomena dalam
industri fesyen Muslimah lebih-lebih lagi rekaan bijak dan praktikal yang cukup memudahkan para
wanita berhijab.
Koleksi instant shawl Naelofar ini
tersedia dalam pelbagai pilihan warna pastel, warna terang dan warna gelap yang
menarik. Bukan itu sahaja, fabrik yang digunakan adalah amat berkualiti dan
tidak hairanlah jika Naelofar Hijab kini mempunyai penggemar setia yang ramai.
Rekaan instant shawl yang amat ringkas dengan cara pemakaian yang mudah ini
menarik minat ramai wanita khususnya mereka yang bekerjaya dan sentiasa sibuk.
Si pemakai hanya perlu menyarung shawl tersebut tanpa perlu menggunakan
sebarang brooch mahupun pin tudung.
Koleksi instant shawl ini ditambah
dengan perincian tambahan iaitu kulit berbunga dan kristal Swarovski. Neelofa
menegaskan juga bahawa perincian yang digunakan pada kesetiap koleksi tudung
keluaran beliau ini mampu membuatkan si pemakai tampil lebih elegan dan
menyerlah. Harga yang ditawarkan juga adalah amat berpatutan dan mampu milik!
1 comment:
Thanks for the beautiful naelofar
blog
Post a Comment