Wednesday, August 26, 2015

Fenomena Instant Shawl Naelofar



Siapa yang tidak kenal dengan selebriti jelita tanah air, Neelofa yang dahulunya memulakan karier sebagai model dan kemudian semakin dikenali ramai sebagai pelakon dan pengacara TV. Setelah beberapa tahun berada dalam industri seni tempatan, beliau mengejutkan media dengan penampilan berhijab dan kemudian tampil dengan koleksi hijab yang diberi nama sebagai Naelofar Hijab.
Tidak dinafikan bahawa kemunculan koleksi instant shawl Naelofar Hijab menjadi suatu fenomena dalam industri fesyen Muslimah lebih-lebih lagi rekaan bijak  dan praktikal yang cukup memudahkan para wanita berhijab.


Koleksi instant shawl Naelofar ini tersedia dalam pelbagai pilihan warna pastel, warna terang dan warna gelap yang menarik. Bukan itu sahaja, fabrik yang digunakan adalah amat berkualiti dan tidak hairanlah jika Naelofar Hijab kini mempunyai penggemar setia yang ramai. Rekaan instant shawl yang amat ringkas dengan cara pemakaian yang mudah ini menarik minat ramai wanita khususnya mereka yang bekerjaya dan sentiasa sibuk. Si pemakai hanya perlu menyarung shawl tersebut tanpa perlu menggunakan sebarang brooch mahupun pin tudung.


Koleksi instant shawl ini ditambah dengan perincian tambahan iaitu kulit berbunga dan kristal Swarovski. Neelofa menegaskan juga bahawa perincian yang digunakan pada kesetiap koleksi tudung keluaran beliau ini mampu membuatkan si pemakai tampil lebih elegan dan menyerlah. Harga yang ditawarkan juga adalah amat berpatutan dan mampu milik!

Thursday, July 9, 2015

Rindunyaaa..

Assalammualaikum..dah dkt 2thn kot blog ni bersarang..dari anak 2 org dah jadi 3org.. si kecik pn dah nak masuk 10bln..cpt btl masa berlalu..Alhamdulillah dikurniakan oleh Allah seorang lagi cahaya mata pd bln 9 taun lepas.. Dhafiy Syadzwan

salah satu sebab dunia blog dilupakan seketika..masa 24jam seakan2 tak cukup utk diriku..focus kat baby yg semakin melasak..focus ke kyra yg taun dpn dah nak masuk darjah 1..fokus ke tatawa sblm kenal dunia persekolahan..focus kt biz on9 yg suam2 kuku  tu. rindu nk bw blog kawan2,rindu nk komen kt blog diaorg..


meh banje sekeping gambar adik afiy..hero kesayangan papa,mama dgn kakak2..kalau ade yg tnya ckp ke3 org...jawapan ku..buat masa ni ckp la dl..3 org pn buat ku kelam kelibut dirumah..