Tuesday, April 2, 2013

Kejutan dari papa

sebenarnya mama dah lama minta papa buatkan rak buku..sbb rak buku yg beli time bujang dah penuh..bukan tkde rak buku kt uma.tapi dah penuh dgn barang2 papa..bila tanya bila nak buat rak novel mama tu..papa cm bese ckp "nanti la..tgh bz ni" ok mak sentap..lepas tu mls dah nak tanya..dah bebulan2 jugala..sbelum besday fiyya kot...yelah buat ke wife sendiri tak dapat payment..org lain dapat payment..huhu

sabtu lepas dia balik uma citer la kereta kena langgar dgn budak sekolah naik motor..yg kita ni dok la kalut kot2 budak tu teruk ke tak walaupun salah budak tu..kereta just patah no plat dgn calar skt kt bumper..papa sengih2 buka bonet kereta..sekali dia bawa keluar rak..yang kita ni dok la blur tanya nak buat ape..nak menyemak kat umah ke..sekali papa cakap " la tak nak ke?tak nak abg jual, kata nk letak novel yg bersepah2 tu" dan2 kat luar uma tu kiss dia..walaupn simple tetap mama hargai sebab asben sendri yg buatkan..

kalau ade kawan2 yg nak papa kasi offer rm150 tapi dgn syarat tak blh pilih kaler..kaler yg tu je blh kasi rm150..klu kaler lain tak dapat..sebab kayu kaler tu banyak kt kilang dia..

mama ni dari zaman remaja suka beli novel..tapi byk org amik..zaman2 bujang dl tinggal uma mak ntah kemana pegi..dah ade anak slow la sikit..beli pn sebulan sekali..tapi sejak berkawan dgn geng2 kaki novel ni..ok eja ni cite best..eja nk beli tak novel ni,eja nk order tak...sekali sebulan smpi 5,6 novel..nasib la papa tak jeling2..sebabnya time mama layan novel memalam tulah masa rehat mama..klu tak dr pg smpi malam ade je keja uma nak buat kan..
 

mama pnya rak diaorg yg lebih..smpi baring kat situ siap main tab

baru je dapat tapi dah hampir penuh 1 tingkat tu..2baris

Monday, April 1, 2013

Pura kiki vs organic kidz

mama dah 2 minggu survey botol susu yg stainles steel ni..jupe kat fb yg organic kidz tp pre order..mama ni klu bab2 minum tk suka tunggu pre order..dia suggest kan pura kiki..sbb dia ade readystok..mama tanya itu ini kt seller tu nasib baik dia nak layan... persamaan organic kidz dgn pura kiki ni thn 4jam..ops organic kidz ade yg thn 6jam tapi narrow neck..tak blh tukar puting mam..budak2 ni kan dh biasa botol mam dr kecil..tkpe la kn 4jam..kira bjalan bkn la smpi 10 jam lamanya..ini kes mama mls nk bawa termos bagai..kyra senang..dahaga beli je air..mcm fiyya mmg kena bawa susu..

igt nak pegi amik kt umah seller tu kebetulan dekat..skali dia tkde weekend..mama ni pegi la tanya en google..jupa kat one baby world..ade less 10%.. ari sabtu tu juga kitaorg pegi kat outlet shah alam..semangat kan..harus la kn menda baru nak try..beli satu dulu..sebab plan ahad nak terjah mothercare nak cari organickidz tuk fiyya..hampa je sbb nan ado..huhu

kitaorg ade beli silicone tuk pura kiki ni..sebab nanti dah bubuh air panas mmg panas gila ..nak pegang pn tak sggp..nak jdkn cite payah gila nak bubuh silicone tu...smpi papa kata buang je lah. wah wah laki mama ni..senang2 je nak suh buang tak tau rega silicone tu rm36..kebetulan mama dok pm seller tu kt fb..sebab nk order sebotol kat fiyya so tnya dia camne nak pakai silicone tu..dia cadangkn bubuh bedak.tak smpi 5min dah siap..tak terpikir langsung cara tu..

bila fikir2 balik mmg elok amik pura kiki juga kt fiyya sbb 11oz..skrg fiyya minum susu 9oz..maunya tk lama lg dh cecah 11oz kan..dr yg mama tnya seller tu..pura kiki 11oz dgn 5oz, organicskidz 9oz, 7oz,4oz dan pacific 7oz,4oz..pacific ni bagus skt thn 10jam..tp tulah plg besar 7oz..maunya anak dara tu tak puas minum..stainless steel pn free bpa..lg best pki la smpi bila2..tk yah tukar2 lg..mam ok cuma mama menyampah cepat sgt berkerak kt botol tu..kira berbaloi la melabur tuk sebotol tp tahan smpi bila2..total mama beli 1set dgn silicone tu rm107.91..yg kat fb rm76 dgn postage..silicone dh abis stok..tkpela tis week nak pegi motherhood kt mv mana la tau ade kn..


ni gmbr dia bogel tak pakai bj
ni gmbr dah pki bj..

ni gambar botol organickidz..

dah test kasi fiyya minum thru pura kiki..ya ampun dia tak nak minum..papa kata dia takut kot tengok botol tu semacam je..dah la ari semalam kitaorg keluar mama tak bawa susu spare..blk uma test lg..tak nak juga..tukar ke mam..laju gila dia minum..dahaga sgt la tu..papa siap perli.. " dik minum la..botol mahal tu"..hampeh je..

Friday, March 29, 2013

Supplement Shaklee


mama dah abis buntu nak masak untuk fiyya..dari bubur smpila ke spageti..spageti dgn macaroni dia mkn la skt..klu bubur @nasi..masuk sikit dia buang..pening tau..so mama korban la sikit duit shopping mama ke supplement utk dia dgn kyra..mama beli shaklee..kebetulan kawan fb mama kata ade offer..dia suh mama try ke fiyya.. ok la hg dia rm185 utk 2 item ni..kira shoping juga la kan..soping ke arah kebaikan..

mama cmpr dgn susu diaorg berdua..kyra mkn lama tgk makan mmg selera la..fiyya take time sikit..nasi mmg out la mula..lama2 ok la..dia mkn la sikit..kasi carrot dia blh mkn sepotong..kalau tak langsung tak nak.nanak nanak...sebelum tu dia mmg kuat mkn..kita mkn je dia nak..kasi mkn je tak benti smpi dok tnya adik bila nk benti ni..pengajaran kt sini jgn sesekali tnya camtu..bila dia dah tknk mkn kita plak yg pening kepala..

omega guard tu bkn budak2 ni je mkn..mama pn mkn dgn vit e..si kyra tak nk mkn..fiyya buh dlm susu mula2 dia tolak susu tu..bau skit kot..sudahnya mama la kena telan omega tu..klu tak membazir je la kn..bulan dpn harus sediakn budjet tu mealshakes..dh nak abis pn..takpela kn..nama pn supplement take time la skt..bukannya arini stat mkn..arini juga selera mkn bertambah..

Sekilas mengenai khasiat utama Meal Shakes Shaklee :
  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran
  • Anti-oksidan semulajadi
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
Guard Shaklee
  • Asid lemak – Omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya melalui makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.
  • Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos..
  • Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar.
  • Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.
  • Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mengawal masalah obesiti
  • Mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin
  • Membantu perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
  • Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan
  • Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi
  • DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • Mencegah penyakit Alzheimer
  • Memelihara penglihatan dan pendengaran
  • Mencegah migraine
  • Satu hidangan Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905 mg asid-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru
  • Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang
  • Menentang kanser – Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru , payudara, prostat dan kolon.
  • Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  • Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective
  • Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan
  • Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Thursday, March 28, 2013

Masak atau Beli

last week mama ade terbaca satu status dkt fb..katanya barang basah dah makin mahal..dan baik beli lauk dah siap dr memasak...bagi mama plak lebih baik masak dari beli kat kedai..bukan ape kalau mkn kat luar paling koman pn 30-40 skali makan..itu kalau kt kedai tomyam2 kt area umah..klu fast food lg la kan..blm lg tekak western kyra tu..sekali minta chilis..amekaw..


belanja barang basah campur sayur2 semua besenya cecah rm100..untuk seminggu..stok untuk 5ari.dapat makan tghari dgn lunch..lauk plak mama besenya masak 2lauk 1 sayur..klu mkn kt kedai semua pakat nak order sudahnya tak abis..sebulan spend untuk belanja dapur around 400-500..tak termasuk susu ape sumanya..mama cite barang2 basah dgn sayur je..cmne mama blh kira sbb mama pegi beli lauk2 basah ni kat basah mlm..bese papa kasi rm100 so mama pandaila budget kan...

klu makan kat luar..mlm aje dh cecah 30-40 ..kalau siang mungkin murah sikit kot..cer darabkan dgn 30ari.. tak ke cecah rm1000..kekadang makan kt kedai pn bukan menepati selera kita..nak plak mama ni jenis cerewet nak mampus..klu kedai tu tak sedap smpi bila2 pn mama tk pegi..

salah satu sebab mama masak bukan sj jimat tapi suka tgk papa dgn kyra makan..papa sah2 la tambah 2,3 kali..papa kata dh jemu tiap2 tghari mkn kt kedai..kekdg je dia dpt lunch kt umah..bukan taknk lunch kat uma tapi takut ade mcm2 drama dr kyra dgn fiyya tk ks dia keja balik..kyra dgn papa pandai ampu mama..slunya diaorg kan puji la..kononnya mama msk best..so bila dgr pujian diaorg dr penat2 masak rasa hilang penat..

pada korang mana lagi ok.masak ke beli kt kedai..terpulang pd individu tu kan...mama pn bukan la ari-ari masak..sabtu ahad mama gantung periuk..papa open table besenya..kasi rehat la kn..ari2 mkn yg kita msk jemu la plak..

gmbr ade la secara rawak..kebykkn gmbr kt instagram je mama upload..kat fb jarang..sebab tu ade orang ingat mama asik fb smpi ank tak mkn..sbb maknya asik fb..choiiiii...





Wednesday, March 27, 2013

seharian di the curve

ari ahad baru ni mula2 plan nak pegi port dickson skali kereta plak tetiba ade signal CHECK..tkt la kn htr kt kedai papa selalu servis..dia tak buat elektronik..kena htr kt kedai kawan dia..ish geram la kan rosak plan..sbb pagi sabtu tu mama dh belek2 agoda cari hotel..yg paling bengang smpi the curve signal tu hilang..

ish cite psl kereta plak..oo back to the story kitaorg g makan kt alam jaya nak amik stroller fiyya kt bengkel papa..kira 2 dalam satu la kan..keluar dr kedai mkn papa tnya nak pegi mana..plan nk ke one utama la kan..tetiba je timbul idea nak bawa budak2 ni pegi main kt the curve..papa pn ok je..sbb dia kata penat asik keluar masuk kedai..singgah umah jap amik stokin budak2 ni..

sampai je dah dekat pukul 3lbh..parking mmg susah la nk dapat..ari ahad katakan..kitaorg berpusing2 juga la cari parking..nasib la kbtln kami lalu ade satu kereta ni keluar..kt ground floor ade promo legoland..harga mahal skt la dr kami dpt kt matta fair..kyra tak pandang langsung klu tak dia la paling excited klu tgk iklan legoland..kes tak sabar nak g main kt yu kids..fiyya dah kena bayar..dulu pegi dia tak yah bayar..harga tix untuk wekend rm30 ye kawan2..parents free..WAJIB pki stokin..so kena la beli stokin tuk mama papa



kyra pandai bawa hal sendiri tapi kami pantau juga la kan..takut juga dia keluar dari yu kids tu..fiyya plak memula takut2..tapi mama paksa baru la dia berani..macam kacang yg pusing2 tu dia takut..banyak main kt kawasan ball la..tapi agak bahaya skt utk fiyya sbb ada budak2 lain yg suka jump sana sini nyaris juga fiyya kena penyek..kyra pn mama dh ckp jgn jump sgt tkt kena baby lain..




kyra ni jenis suka lompat2..klu kt uma atas katil la kn..selalu mama bising tkt jatuh or kena adik dia..kan yu kids betul2 dia lompat sana sini..lepas gian..dkt 3jam lebih juga kami kt dalam tu..papa pn lepak dalam tu sambil online..fiyya plak sbb terlebih excited ade la 3,4 langkah dia jalan sendri..selalunya kami suruh.ajak ke sana ke mari..jd mangsanya mama la kan..masa kat dalam tu jupe naz yg pengacara breakfast kt ntv7 dgn family dia..tak sombong..wife dia pn murah senyum..yg tak tahan time mama nk shoot gambar fiyya anak dia yg kecil tu 3,4 kali datang ke fiyya..smpi wife dia kata anak dia minat fiyya..




seronok juga la bawa diaorg tempat2 camni..kalau tak tiap2 minggu mama ajak shopping..jgn kan papa,kyra tu pn mengeluh penat..agaknya klu fiyya pandai merungut dia pn ckp "penat la mama"..dah kasi diaorg main puas2 dalam tu..pujuk2 ajak balik..nasib baik la kyra ok je..agaknya dah penat kot..papa plak lepas kluar dari yu kids nk g berurut kt kerusi urut tu..sementara nak tunggu bawa la mama metrojaya jap..akibatnya keluar dari metrojaya sorang satu toy...kebetulan pagi ahad tu kan ade cite rapunzel kt 615..kyra plak ternampak patung princess rapunzel..mama bw pusing dl pilih2 toy mana yg murah2 kan.haha mama kedekut ok..sbb ank2 main kejap je lepas tu tak terusik..

pusing pnya pusing amik la juga rapunzel tu..sblm nak bayar cakap dl ke dia mama taknk kakak main gunting2 rambut princess..dl penah sekali beli barbie ke dia..tk smpi 24jam dia blh gunting..rs time tu terbayang2 2keping not ijau..suh amik yg murah taknk..nak juga yg mahal..mama gini la klu tkde papa kekdg kehendak ank2 tu turutkn je..carila juga toy ke fiyya..anak 2 kena adil..klu tak kesian tgk salah sorg tak dapat..mama amik pony ke fiyya..sudahnya adiah tuk bakal anak sedara tak beli tp barang diaorg dpt..dapatla bauncer rm20 dgn pbelian rm150 ke atas dpt bauncer rm20..



lepas makan kt Chicken rice shop kitaorg dah tak larat nak jalan terus balik..dalam kereta kyra asik ckp " best la papa arini..terima kasih papa bawa kakak jalan2"..kita yang dengar rasa seronok...kiranya aritu mmg ari tuk budak2 tu je..dpt jalan2, dpt main, dpt toy..